PERKESO lanjutkan tarikh akhir bayaran caruman bulanan

KUALA LUMPUR :Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung majikan akibat penularan wabak COVID-19, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melanjutkan tarikh akhir pembayaran caruman bulanan oleh majikan daripada hari kelima belas kepada hari terakhir bulan di mana caruman itu perlu dibayar, serta mengecualikan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).

Pelanjutan pembayaran caruman bulanan ini melibatkan caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). Berdasarkan Warta Kerajaan P.U. (A) 114. dan P. U. (A) 115., pelanjutan tarikh akhir bagi pembayaran caruman adalah terpakai selama enam bulan, bermula dari caruman bulan April hingga September 2020.

Berikut adalah jadual tarikh akhir baharu pembayaran caruman di bawah Akta 4 dan 800:

Bulan CarumanTarikh Akhir Pembayaran Caruman
April 202031 Mei 2020
Mei 202030 Jun 2020
Jun 202031 Julai 2020
Julai 202031 Ogos 2020
Ogos 202030 September 2020
September 202031 Oktober 2020

 

Peka dengan kesulitan majikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan sejajar prinsip dalam Warta Kerajaan P.U. (A) 114. dan P. U. (A) 115., pihak pengurusan PERKESO telah membuat keputusan bahawa pembayaran caruman bulan Mac 2020 yang dibuat sebelum 1 Mei 2020 akan juga DIKECUALIKAN daripada FCLB. Menurut peraturan sedia ada, caruman bulan Mac perlu dibayar sebelum atau pada 15 April 2020.

Sebarang pertanyaan boleh diemel ke [email protected] ATAU disalurkan melalui
www.facebook.com/PERKESO.Official/ ATAU hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here