kawalan pergerakan tamat?

PUTRAJAYA:

Strategi keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan dipertimbang jika rakyat benar-benar patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan jumlah kes baharu kekal pada dua angka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin dilanjutkan, jika kedua-dua kriteria berkenaan tidak dipenuhi.

Setakat ini, katanya, strategi keluar daripada PKP belum dibincangkan, selain rakyat hanya diberikan beberapa kelonggaran yang disenaraikan dalam PKPB.

“Paling penting, masalah kita ada (ketika PKPB) ialah perayaan akan meningkatkan kes atau tidak. Kita masih pantau tetapi bimbang kalau (rakyat) tak patuh SOP dan kes akan meningkat.

“Kita sama-sama mengharapkan semua rakyat patuh SOP semasa musim perayaan.

“SOP ini mudah tetapi mungkin sukar diamalkan. Jadi, saya rasa semua orang tahu apa yang hendak dilaksanakan sebagai kelaziman dan budaya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here