COVID-19: 47 kes baharu, 21 daripadanya import

PUTRAJAYA:

Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kes baharu COVID-19 melebihi kes sembuh, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 6,941 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, beliau berkata, sebanyak 21 kes dari kes import dan mendapat jangkitan dari luar negara dan 26 kes pula dari penularan tempatan.

“Hari ini sebanyak 44 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Dengan pertambahan kes sembuh itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus dari keseluruhan kes.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, tiada pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 dan jumlahnya kekal sebanyak 113 kes,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here