Bot nelayan Vietnam diusir dari perairan Malaysia timur

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  telah mengusir keluar 50 bot nelayan Vietnam, yang menceroboh perairan Malaysia  sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac lepas.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, terbaharu bagi tempoh 11 Mei sehingga semalam, sebanyak 10 buah bot telah diusir.

“Sepanjang Operasi Covid-19 Laut ini dengan sokongan komuniti maritim, kira-kira 50 bot nelayan asing Vietnam berjaya diusir keluar dari perairan sempadan negara… ia selaras dengan usaha menyekat penularan wabak berjangkit Covid-19 kepada rakyat di negara ini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here