China bertanggungjawab ke atas pembunuhan besar-besaran- DonaldTrump

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengulangi kritikan terhadap China berhubung pandemik coronavirus.

Kali ini, Trump mendakwa China bertanggungjawab ke atas pembunuhan besar-besaran.

Kata Trump, korban tinggi di kalangan pesakit COVID-19 di seluruh dunia adalah disebabkan ketidakcekapan China dalam mengendalikan wabak itu.

Virus berkenaan kali pertama dikesan di bandar Wuhan, China. Sehingga kini, ia mengorbankan lebih 325 ribu nyawa di seluruh dunia selain turut menjejaskan ekonomi dunia.

White House sebelum ini mendakwa virus berkenaan dihasilkan di sebuah makmal di Wuhan dan tersebar secara tidak sengaja.

Bagaimanapun, tiada bukti saintifik dikemukakan untuk menyokong dakwaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here