kami ditekkan, masa PH mentadbir

PETALING JAYA:

selama 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, diri beliau, keluarga, termasuk rakan dalam Umno ditekan habis-habisan katanya bekas perdana menteri datuk seri Najib tun Razak

pihak berkuasa pada masa itu, mengambil tindakan penuh dendam untuk melumpuhkan beliau dan keluarga.

“Memang saya melalui tempoh masa yang amat sukar. Cuba bayangkan jadi perdana menteri, bila kalah saya tiada jawatan. Saya ditekan habis-habisan sampai ke peringkat mereka tidak ada hsan lansung, tidak ada hati perut.

“Janji dapat balas dendam dan melakukan apa sahaja untuk melumpuhkan saya, keluarga dan rakan-rakan yang ada kaitan dengan Umno,” katanya dalam wawancara bersama The Outlook Asia malam tadi.

Beliau turut mendakwa, sikap berat sebelah ditunjukkan oleh kerajaan sebelum ini dengan membebaskan pemimpin PH yang sudah menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Tapi (kes) yang berkaitan dengan PH semua dilepaskan. Ada orang yang PH didakwa, tiba-tiba gugur semua kes. Bila sampai kepada kita macam-macam dibuat. Kalau nak sebut ‘rule of law’, mesti konsisten, tak pilih bulu sama ada orang BN atau PH.

“Kalau kes sudah berjalan, sudah 30 saksi dipanggil, tiba-tiba gugur pendakwaan. Ini pelik, kenapa tak habiskan kes?

Malah yang didakwa itu dilantik pula jadi menteri dalam kerajaan. Itu sudah tak betul dengan prinsip ‘rule of law’. Lantik pula peguam negara yang juga peguam dia.

“Itupun pelik juga. Kenapa tak sebut perkara ini,” katanya dipercayai merujuk kes rasuah membabitkan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng dan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara.

Najib berkata, selama 22 bulan beliau, keluarga dan rakan menjadi mangsa kezaliman, tetapi mereka akur dan menghadapinya dengan tenang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here