KKMM mengeluarkan 293 penafian berita palsu

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengeluarkan 293 penafian serta penjelasan setakat ini untuk membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata usaha bagi menangani kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat itu dilakukan menerusi Pasukan Maklum Balas Pantas (PRP) seliaan KKMM.

“Orang ramai boleh membantu membendung penularan berita palsu dengan menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-89115103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

“Saya berharap orang ramai akan menyemak terlebih dahulu sebelum berkongsi. Ingat, jika tidak pasti, jangan kongsi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya dekat sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here