Anwar cabar Kementerian Pendidikan angkat mutu pendidikan negara

Bangi, Nov 7.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi tumpuan meningkat dan mengangkat mutu pendidikan di institusi pendidikan negara, bermula tahun depan.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, supaya aspek itu diberi penekanan, selain isu prasarana di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT)

Mulai Januari 2024, penekanan kita, selain menyelesaikan hal asas prasarana, tumpuan kita adalah meningkat dan mengangkat mutu pendidikan. Itu cabaran.

Sekolah dah elok, tandas sudah siap, kemudahan asas cukup. Tunggu apa lagi? Tapi prestasi masih sama seperti tahun lalu, tak boleh kita terima.Minta bantuan dan kemudahan, kita bagi dan tahun ini lebih baik, tapi prestasi murid tidak berubah. Kita tidak boleh terima” katanya di Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Rintis Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here