COVID-19: Brazil catat 1,000 kematian dalam tempoh empat hari

Brazil kini mengatasi Russia untuk muncul sebagai negara merekodkan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Negara Amerika Selatan itu merekodkan 330,890 jangkitan dan 21,048 kematian, setakat ini, walaupun pakar berpandangan kekurangan ujian saringan menyebabkan angka sebenar berkemungkinan 15 kali ganda lebih tinggi ataupun lebih lagi.

Angka korban di negara ini melonjak sebanyak 1,001 mangsa dalam tempoh 24 jam. Ia adalah kali ketiga Brazil mencatatkan lebih 1,000 kematian dalam tempoh empat hari.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Amerika Selatan sebagai pusat baharu pandemik itu.

Ketika ini, angka korban akibat COVID-19 di Brazil adalah keenam tertinggi di dunia selepas AS, Britain, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Bagaimanapun, krisis itu tidak dijangka memuncak di Brazil sehinggalah Jun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here