Covid-19: Kes baharu kurang di Selangor

KES baharu positif Covid-19 di Selangor mencatat penurunan apabila hanya lima kes direkodkan setakat 12 tengah hari semalam.

Perkembangan itu dikongsi Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Twitter, yang memaklumkan pengurangan itu lebih kecil berbanding sembilan kes kelmarin.

 

“Tiga daripada lima kes baharu ini adalah kes import termasuk dari Mesir, Pakistan. Dua kes lagi hasil ujian saringan terhadap pekerja pembinaan di Setia Alam,” katanya.

 

Berdasarkan maklumat Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), hanya perubahan minimum data kes aktif di Selangor susulan kes baharu yang tidak tinggi.

 

“Keseluruhannya, demografi kes aktif tidak berubah dengan kuantiti zon-zon masih sama seperti kelmarin,” katanya.

 

Sebelum ini, Selangor mengalami peningkatan kes secara mendadak selama empat hari berturut-berturut pada 22 hingga 25 Mei lalu, yang menjadikan Hulu Selangor kembali kepada zon merah.

 

Untuk rekod, Selangor mencatat 1,843 kes dengan 1,504 kes sembuh, 248 kes aktif dan 22 kematian. Hulu Langat berada pada zon merah dengan 124 kes aktif di lima mukim iaitu Beranang, Cheras, Hulu Langat, Kajang dan Semenyih.

 

Manakala, tujuh daerah zon kuning iaitu Sepang dengan 40 kes, Petaling (29), Gombak (22), Kuala Selangor (9), Hulu Selangor (16), Klang (5), dan Sabak Bernam (3). Zon Hijau di Kuala Langat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here