Sayu apabila mendengar harapan dari seorang isteri yang kehilangan suami tersayang akibat dirempuh oleh pemandu mabuk

Kejadian yang berlaku pada hari raya kedua itu, telah meranapkan hati seorang isteri dan mengharapkan agar hukuman yang setimpal dikenalan terhadap pemandu yang mengakitbatkan kematian suaminya disebabkan kecuaian sendiri.

Harapan untuk hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk ini sebenarnya sudah lama diminta oleh semua rakyat Malaysia kerana kita tidak mahu mendengar lagi apa-apa berita kematian yang berpunca dari individu yang bersikap pentingkan diri seperti ini. Sudah ramai yang hilang nyawa dek kerana minuman arak ni.

 Harapan saya biarlah suami saya ini mangsa yang terakhir. Jangan ada lagi. Walau nyawa dibalas nyawa sekali pun tak mampu kembalikan suami saya. Saya sedih atas apa yang berlaku namun reda kejadian berlaku semasa arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga. – Kata Zeti Haryati Hassan isteri arwah.

Dalam perkembangan lain, jenazah Irwan Herman Kamarudin telah selamat dikebumikan semalam 27 Mei 2020 pada jam 4.30 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here