Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengenakan kompaun serta merta sebanyak RM2,500 kepada peniaga yang ingkar terhadap harga kawalan musim perayaan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, KPDNHEP Parit Buntar, Mat Jidin Hassan berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada orang awam mengenai sebuah premis yang didapati menjual Telur Ayam Gred A pada harga yang melebihi harga kawalan musim perayaan.
Seramai empat anggota Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Parit Buntar telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang diadu yang terletak di pekan Parit Buntar.
Hasil siasatan yang dijalankan didapati kedai runcit tersebut telah menjual telur ayam Gred A pada harga RM0.45 sen sebiji berbanding RM0.40 sen sebiji yang ditetapkan kerajaan melalui ujibeli yang telah dilakukan.