Keruhkan rusuhan: Ketua polis AS minta Trump tutup mulut

Ketua Polis Houston, Texas, Art Acevedo meminta Presiden Donald Trump tutup mulut jika kenyataannya hanya mengeruhkan situasi demonstrasi anti-rasisme di AS.

Warga mengadakan tunjuk perasaan membantah kematian warga kulit hitam George Floyd, yang lehernya ditekan dengan lutut oleh polis kulit putih sehingga maut.

Acevedo memberitahu CNN, “biar saya katakan kepada Presiden AS atas nama seluruh polis di negara ini, jika tiada sesuatu yang membina diperkatakan, lebih baik tutup mulut.”

Sebelum ini Trump melalui telekonferensi menganggap para gabenor di negeri AS lemah dan tidak mampu mengawal situasi dan penunjuk rasa.

Bahkan sebelum ini Trump menawarkan untuk mengerahkan tentera personel AS menyelesaikan masalah ini.

Acevedo menilai kenyataan Trump itu hanya mengeruhkan keadaan.

Acevedo menambah, ini bukan soal dominasi, ini berkaitan dengan cara bagaimana memenangkan hati dan fikiran penunjuk perasaan.

“Satu-satunya cara menghadapi kebencian adalah dengan cinta dan ikatan hubungan, bukan dominasi,” kata Acevedo.

Bagi beliau, lebih baik diam ketika AS memerlukan sifat kepemimpinan bagi seorang presiden. “Kami tidak mahu orang yang tidak peduli mengendalikan situasi ini ketika ini,” ujar beliau.

Kini, bukan sahaja di AS, kematian Floyd dibela meluas hingga ke Eropah dan Brazil di Amerika Latin termasuk New Zealand.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here