Covid-19: kluster Pedas terkawal

Sebanyak 36 kes positif koronavirus (Covid-19) bagi kluster Pedas, Rembau terkawal dan tidak melibatkan penularan luar.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, justeru rakyat di negeri ini dinasihatkan supaya tidak panik kawasan Pedas sentiasa dipantau dan pesakit yang positif dikuarantin pihak berkuasa.

“Saya harap masyarakat mengelakkan sebar berita tidak sahih mengenai kenaikan kes baharu ini.

“Negeri Sembilan mencatatkan sifar kes kematian baharu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak lapan kes,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, sehingga semalam sebanyak 902 kes kumulatif di Negeri Sembilan dan daripada jumlah itu 255 kes positif Covid-19 dari kluster Pedas, kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling (144), kluster Sendayan (112).

“Selaras dengan perbincangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) tempoh hari, saya ingin berpesan kepada semua supaya menerapkan norma baharu dalam kehidupan seharian katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here