KPDNHEP Periksa 1,972 Premis, Dua Peniaga Dikompaun

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memeriksa 1,972 premis di seluruh negeri ini sepanjang pemantauan harga sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri bermula 20 Mei hingga semalam.

Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata daripada jumlah itu dua kes diambil tindakan atas kesalahan tiada tanda harga, lapor Harian Metro.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, dua peniaga dikenakan tindakan kompaun RM3,000 setiap seorang atas kesalahan berkaitan mengikut Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga 1993,” katanya.

Beliau berkata, dianggarkan 90 peratus peniaga di negeri ini mematuhi arahan walaupun ada segelintir mengenakan harga ‘cekik darah’.

Muhamad Zikril berkata, pihaknya menerima sebanyak 266 aduan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

“Ada antara pub ini mempunyai lesen restoran yang juga menjual minuman arak tetapi kita pastikan mereka mematuhi penjarakan sosial serta menutup operasi pada 10 malam.

Sebanyak 463 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dari 19 Mei hingga semalam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here