Lebih daripada 2,400 bunuh diri sejak 2018, 80% melibatkan lelaki, kata PM

Rekod polis menunjukkan 2,426 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2018, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memberitahu Parlimen.Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berhubung pecahan demografi pelbagai, Ismail berkata, sebanyak 2,030 kes atau 83.68% daripada mereka yang membunuh diri itu adalah lelaki.

Selangor merekodkan kes bunuh diri tertinggi sejak 2018, iaitu 442 kes, diikuti Johor dengan 37 kes, Pulau Pinang (270), Kuala Lumpur (266), Perak (224), Sarawak (159), Sabah (145), Negeri Sembilan (137), Pahang (122), Kedah (111), Melaka (74), Kelantan (61), Terengganu (36) dan Perlis (4).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here