Penduduk Taman Langat Akan Terima Bekalan Makanan

Penduduk di dua buah taman di Kuala Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran kelmarin, bakal menerima bantuan makanan minggu depan.

Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Borhan Aman Shah berkata sumbangan dibuat oleh Pemerbadanan Menteri Besar dan Pejabat Daerah Kuala Langat.

“Ada juga syarikat luar yang mahu menyumbangkan 20,000 pelitup muka kepada penduduk,” katanya ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama dikenakan PKP pentadbiran susulan 20 warga asing yang bekerja dengan syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan tinggal di situ, disahkan positif Covid-19 Khamis lalu.

Bagaimanapun, penduduk dibenarkan keluar masuk kerana pelaksanaan PKP di situ berbeza di tempat lain seperti Selangor Mansion dan Pasar Borong Selayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here