Hanya warganegara Malaysia boleh masuk Sarawak mulai hari ini

Hanya warganegara Malaysia dibenarkan melakukan perjalanan merentasi negeri ke Sarawak dan merentasi daerah dalam negeri ini berkuat kuasa hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memberitahu, ia adalah sejajar dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini sehingga 31 Ogos depan.

“Sebelum ini rentas daerah di negeri ini perlu mendapatkan kebenaran polis dan begitu juga (rentas) negeri, yang mana mereka yang datang dari Kuala Lumpur ke Kuching perlu mendapatkan kebenaran polis dan jawatankuasa.

“Justeru, mulai hari ini, semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan boleh ke Sarawak, malah sekiranya mahu pergi dari Kuching ke Samarahan atau Serian atau tempat lain juga dibenarkan tanpa memerlukan kebenaran,” kata JPBN dalam satu kenyataan.

Jelas kenyataan itu, mereka yang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan perlu mematuhi SOP iaitu diwajibkan untuk memuat naik aplikasi MySejahtera dan mengisi borang deklarasi kesihatan.

Di samping itu, pelawat juga akan diambil sampel PCR secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri melalui udara, darat atau laut serta dinasihatkan untuk memuat turun COVID Trace Sarawak dan Qmunity.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here