Kerajaan akan akan buru tekong-PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguat kuasa lain untuk melaksanakan Op Benteng secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa berjaya menahan beratus-ratus tekong darat, ejen, ‘transporter’ (pengangkut) dan pemilik premis ‘penampungan’ (rumah yang menempatkan PATI).

“Tangkapan ini pasti memutuskan aliran masuk PATI melalui lorong tikus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Op Benteng diaktifkan sejak Mei lalui bawah National Task Force (NTF) dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here