Tak Henti-Henti ‘Senyum’, Reaksi Kucing Ini Pertama Kali Dibawa Ke Pantai Tarik Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak suka melihat telatah haiwan comel ini. Telatahnya yang nakal dan terkadang manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja terutamanya bagi penggemar kucing.

Haiwan ini bahkan dapat menceriakan suasana dan sangat menyeronokkan jika dibawa bermain. Lebih-lebih lagi, sifat kucing yang mudah untuk dijaga membuatkan haiwan ini sering dijadikan haiwan peliharaan.

Laman Go Animal ada berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan telatah seekor anak kucing yang tidak berhenti senyum ketika dia pertama kali menjejakkan kaki ke pantai dan merasai sendiri pasir pantai.  Wajahnya yang gembira tidak dapat disembunyikan.

Kita sendiri suka dengan bau dan tenangnya udara di pantai. Begitu juga dengan anak kucing ini. Pemilik kucing ini memastikan bahawa kali pertama kucingnya pergi ke pantai adalah perkara yang tidak dapat dilupakan.

 Dia juga cuba untuk bersantai di kerusi pantai.

Anak kucing ini sangat suka menyentuh pasir pantai. Fotonya yang telah dikongsikan oleh pemiliknya di laman sosial juga telah tular dan menarik perhatian ramai.

Telatah-telatah anak kucing yang comel ini pasti membuatkan anda tersenyum ketika melihatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here