Shah Alam–
Individu yang tidak layak menerima bantuan melalui Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) selepas membuat semakan masih boleh mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat sokongan daripada pelbagai saluran rasmi disediakan kerajaan serta syarikat minyak.
Pengguna boleh terus menghubungi Pusat Khidmat Budi Madani di talian 1300-88-9595, WhatsApp 03-2631 4595 ataupun melalui e-mel [email protected].
Selain itu, beberapa syarikat minyak turut menyediakan pusat khidmat pelanggan bagi membantu orang ramai mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan bantuan itu.
Antara talian syarikat minyak yang boleh dihubungi termasuklah Petronas menerusi talian 1300-88-8181, WhatsApp 03-4264 5838 ataupun e-mel [email protected].
Bagi Shell, pengguna boleh menghubungi talian 1300-88-1808 dan e-mel [email protected] bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Jumaat kecuali hari kelepasan am.
Menerusi laman web BUDI95 itu, pengguna juga boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Petron menerusi talian 1300-22-8211 ataupun e-mel [email protected].





















