Tebatan banjir Mak Mandin dijangka siap akhir tahun ini

Bagi memastikan masalah banjir kilat yang senantiasa melanda beberapa kawasan sekitar Mak Mandin, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengambil pendekatan segera dengan peruntukan sebanyak RM42 juta bagi memastikan segala rancangan bagi mengatasi masalah  tersebut dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini apabila projek rancangan tebatan banjir (RTB) tersebut dapat disiapkan.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Menurut beliau lagi, dengan terbinanya projek RTB Mak Mandin tersebut, beberapa kawasan yang sering dilanda banjir seperti Taman Cantek, Taman Bagan serta beberapa kawasan berdekatan dapat dikurangkan risilo banjir tersebut/

Malah kos tersebut juga melibatkan kerja-kerja penarafan parti Monsun Mak Mandin, sistem saliran di kawasan Taman Cantek serta juga 10 kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir.

“Projek RTB ini sepatutnya telah siap lebih awal pada bulan Mac tahun ini, tetapi terdapat beberapa penangguhan sebelum ini.

“Namun begitu projek yang telah pun dimulai sejak tahun 2018 yang lalu tertangguh ekoran pelbagai faktor termasuklah isu pengambil tanah, penguatkuasaan serta Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menghadkan kelajuan projek terbabit.

“Inisiatif bersungguh-sungguh akan diambil bagi memastikan apa yang telah direncanakan dapat disiapkan menjelang Disember ini bagi memberi manfaat yang amat besar kepada penduduk sekitar yang telah sekian lama mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan, ” ujar beliau lagi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here