Banjir Johor: 619 penduduk di 10 pusat pemindahan sementara

Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 619 penduduk daripada 157 keluarga terjejas di tempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R.Vidyanathan menerusi kenyataan berkata, ketika tiga daerah terjejas iaitu Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Muar merekodkan penduduk terjejas paling tinggi, iaitu 234 orang daripada 65 keluarga di empat PPS.

Ia diikuti 202 orang daripada 53 keluarga di tiga PPS di Pontian dan 183 orang daripada 39 keluarga di tiga PPS di Batu Pahat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here