Banjir kilat di Singapura

Banjir kilat dilaporkan di beberapa bahagian di Singapura pada Selasa (23 Jun) setelah hujan lebat melanda pagi tadi.

Pada sekitar pukul 6.30 pagi, Agensi Sekitaran Kebangsaan(NEA)memberi amaran bahawa hujan lebat boleh dijangkakan di banyak kawasan di Singapura.

“PUB menyatakan bahawa banjir kilat mungkin berlaku disebabkan oleh hujan lebat,” menurut NEA di laman Twitternya.

Dalam kemas kini yang dimuat naik pada sekitar 11.00 pagi, NEA menyatakan bahawa hujan lebat dijangka berterusan di banyak kawasan di Singapura sehingga tengah hari.

Gambar-gambar dan video yang dikirimkan oleh rakyat Singapura menunjukkan kenderaan dipandu di jalan raya yang dilanda banjir atau orang ramai yang meredah banjir yang mencecah paras lutut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here