Mangsa banjir di Johor turun kepada 607 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 607 orang membabitkan 153 keluarga setakat 8.00 malam semalam (22 Jun) selepas tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata tiga PPS itu adalah Sekolah Agama Air Putih di Batu Pahat serta Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Hj Adnan dan SK Kampung Sawah di Pontian.

Menurut beliau, ketiga-tiga PPS itu ditutup secara berperingkat bermula 5.00 petang semalam.

“Mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Peserai di Batu Pahat telah dipindahkan ke SK Peserai yang dibuka pada jam 6.00 petang.

“Secara keseluruhan, terdapat 10 PPS melibatkan tiga daerah yang masih beroperasi setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abas menjelaskan mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Peserai dipindahkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Katanya lagi, ia bagi memastikan mangsa berada dalam keadaan selesa, selain mengutamakan penjarakan sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here