Pantai Tok Bali diserang obor-obor

Orang ramai yang berkunjung ke Pantai Tok Bali di sini dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti mandi-manda ekoran penemuan obor-obor yang terdampar di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, walaupun obor-obor itu daripada spesies biasa, ia tetap mampu mengancam keselamatan dan kesihatan pengunjung sekiranya mereka terkena sengatan hidupan laut itu.

“Setakat ini APM Pasir Puteh difahamkan seramai lapan orang sudah terkena sengatan hidupan laut itu.

“Kesemua mereka ini telah dirujuk ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Obor-obor ini daripada spesies biasa, namun ia tetap mampu mengancam keselamatan dan kesihatan pengunjung sekiranya terkena sengatan hidupan laut itu.

Menurutnya, sebagai tanda amaran, APM melalui Pasukan Penyelamat Pantai telah menaikkan bendera merah supaya pengunjung menjauhi aktiviti mandi-manda di kawasan itu.

Katanya, setakat ini hanya aktiviti di kawasan gigi air dibenarkan.

“Namun mereka tetap diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak menyentuh serta menjauhi hidupan itu sekiranya ternampak ketika berjalan di kawasan tersebut,” katanya.

Nik Mohd Nor berkata, jika ada pengunjung yang terkena sengatan obor-obor, mereka perlu terus menghubungi atau merujuk Pasukan Penyelamat Pantai yang bertugas di kawasan tersebut.

Anggota APM Pasir Puteh menaikkan bendera merah supaya pengunjung menjauhi aktiviti mandi-manda di kawasan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here