2 mayat atas bumbung – Dipercayai mangsa bunuh

Sitiawan, Okt 17
Polis percaya dua rangka manusia termasuk tengkorak yang ditemui di atas bumbung bangunan sebuah syarikat bersebelahan Bank CIMB Sitiawan, di sini, pagi tadi adalah mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan seorang wanita memaklumkan terjumpa serpihan tulang disyaki tulang manusia jam 10.30 pagi.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai dua rangka manusia yang belum dikenal pasti jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, dua bungkusan plastik warna merah berisi disyaki tengkorak manusia setiap satu dan satu bilah pisau berhulu plastik hitam.

Turut ditemui, beberapa potongan pita pelekat berwarna hitam, masing-masing cebisan kain bercorak warna-warni, kain bendera Perak, baju kemeja warna putih kotor dan satu sarung bantal warna biru, katanya dalam kenyataan, malam tadi. Rangka manusia terbabit dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here