Nostalgia Nasi ‘Kandar’

Sebut sahaja nasi kandar, apa yang terlintas dalam kepala adalah nasi putih sepinggan, ayam goreng (berempah / garing), sayur kubis, bendi rebus, telur rebus dan sotong yang ‘tenggelam’ dibanjiri kuah kari campur.

Orang kata, kalau nak tahu nasi kandar tu ‘ummpphh’ ke tidak, lepas habis makan dalam dua jam, cuba cium tangan, bau kari itu masih melekat lagi atau tidak.

Kalau masih melekat, bermakna kari itu memang padu dan ‘piau’ orang Melaka kata.

Persoalan ini pasti berlegar di kepala anda, bukan?

Ada yang dibuka seawal empat pagi, ada yang pukul 11 tengah hari, malah ada pula yang dibuka pada tengah malam!

Tidak macam kebanyakan restoran nasi kandar di negeri lain, biasanya ia dibuka selama 24 jam ataupun waktu standard gerai makan lain, iaitu enam pagi hingga dua pagi hari berikutnya.

Sebenarnya, keunikan warung nasi kandar di Pulau Pinang ini yang dibuka pada waktu yang berbeza adalah kerana ia ‘menepati’ kitaran rutin harian warga penduduk di sana, khususnya bagi golongan pekerja.

Makan di Penang ni ‘is a 24-hour affair’ sejak dari dulu (70-90’an) sampai la ni. Bukan pasai ada banyak kedai  24-jam (macam trend la ni) tapi rotation kedai berbeza yang bukak. Sebab apa? Nak cater untuk pelanggan yang berbeza. Pernah bawa member KL mai Penang makan dia kata ‘gila’ makan tak berhenti.

Zaman tu Penang tengah booming sebab kilang banyak dan hotel industri rancak. Night life masa tu KL pun kalah. Pekerja kilang ada yang shif 24-jam, pagi masuk dan ada yang balik malam.

Pagi sebelum pergi ke kerja depa beli nasi, balik malam pun depa beli nasi. Sama jugak dengan orang kerja hotel dengan dunia night life ni. Habis kerja atau lepas enjoy berdengung 2-3 pagi, depa pi cari nasi kandar. Nasi kandar mostly cater untuk ‘working class’.

Depa takdak restoran ‘fancy’ dengan lauk mewah macam la ni. Yang cater untuk middle class ni Hameediyah, Dawood dan Ghani yang serve briyani (Dawood dan Ghani katop dah). Ada juga nasi putih tapi tak considered nasi kandar. Dulu masa kecik-kecik kami pi cuma on special occasion saja, itu pun order nasi briyani kosong ayam seketoi share 2 orang. Kebelakangan ni saja dia rebrand jadi ‘oldestnasi kandaq’ to capitalize on the current trend dan media hype on nasi kandar.

 Port nasi kandaq masa tu dekat  Tamil Street. Duduk makan tengah jalan, bila lori ikan mari hantar kat market Chowrasta, semua kena angkat kerusi meja, lori akan lalu ada kot sekaki dari kepala. Tapi Tamil Street dia kata dalam 2-3 pagi, kalau lambat sikit kami ada beberapa pilihan lain. Samada pi Masjid Keling (la ni nasi beratur) atau Kassim (simpang enam) opposite Craven-A.

Awal 90-an ada satu kedai baru buka di Chulia Street. Dia jual nasi dalcha dan buka jam 4 pagi. Jadi, kalau kami terlepas Tamil Street, boleh pergi kat dia tapi ada ‘gap’masa. Jadi kena tunggu dalam gelap-gelap depan kedai dia sampai buka. Bila nampak ja lampu kedai buka (pintu masih tutup) kami pun excited dan serbu depan pintu nak tolong ambik kerusi meja. Ada yang tolong bawa keluar periuk (macam kenduri). Kedai ni nama dia Kassim Mustafa dan bawa fenomena baru dalam industri nasi. Dia pun bukan kategori nasi kandar tapi satu alternatif baru.

Kemudian ada lagi buka sebelah pagi di bawah Hotel Merlin kat Bishop Street. Kat Sungai Pinang pun ada, nasi Farok makan tepi sungai. Kat Dhoby Ghaut pun ada Sulaiman, masa tu kedai dia kat corner Market Cross.

Seingat saya Sulaiman ni dia pakai spek, kaut nasi pakai tempurung nyok, adjustnasi pakai tangan dan akan picit daging dengan jari dia untuk pilih yang lembut. Lepas tu dia pindah pergi depan penjara dan tengah dok ‘hot’la ni.

Petang sikit Sharif buka kat Gelugor depan 7-11. Masa tu (awal 90-an) saya kerja 7-11 dan dok perati hari-hari orang beratoq panjang. Depan tu pun ada satu lagi mamak jual nasi kandar dengan gerai aluminum merelit bersih tapi takdak orang. Depa nak Sharif juga, yang lebih kurang macam Sulaiman juga teknik ambil lauk dia. Cermin gerai dan apron dia dah macam lukisan abstrak kalau tengok.

Jadi begitulah cycle nasi kandar di Penang masa tu. Lunch jarang orang makan nasi kandar, lebih pada pagi dan tengah malam. Bagi saya, nasi kandar remains makanan ‘working class’ yang simple, humble dan dengan ‘different shades of taste’ dan ‘subtlely’ yang orang makan lama dia boleh tau. Dia bukan terletak atas ‘extravagance’ lauk tu itself, tapi the ‘simplicity’ if it, itu yang susah. Sebab tu orang lama dia cuma order daging seketul, telur rebus dengan bendi, and that’s to them is nasi kandar.

Itu la sedikit sebanyak perkongsian kami tentang life kamo di Penang zaman 70-an sehingga 90-an.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here