Panorama Hijau & Menenangkan, Satu Lagi Taman Di Putrajaya Jadi Viral

Tak sah lawatan ke Putrajaya kalau tak datang ke taman awamnya yang sangat cantik dan memukau. Dari Taman Saujana Hijau yang setanding Eropah hinggalah Taman Botani Putrajaya, bandar ini memiliki taman-taman indah yang bakal membuatkan pencinta alam jatuh hati dengannya.

Kali ini, kami ingin kongsikan keindahan Taman Wawasan Putrajaya yang terletak di Presint 2.

Terletak pada kedudukan yang tinggi, taman di Nusa Perdana ini memiliki permukaan bentuk muka bumi yang berbukit dan bercerun. Keadaan ini membolehkan pengunjung menikmati keindahan landskap yang mempesonakan di sekitar Putrajaya.

Pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berjoging, berkelah, berbasikal mahupun sekadar bersantai-santai di sana. Malah, ia juga mesra orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan penggunaan kerusi roda.

Menariknya, taman ini turut menempatkan bangunan Kompleks Kerajaan Persekutuan iaitu Bangunan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di dalamnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here