MU bakal tamatkan musim di tangga kedua liga

Manchester United seri tanpa jaringan dengan Leeds United pada Ahad untuk terus kekal di landasan menamatkan musim Liga Perdana Inggeris di tangga kedua sementara Burnley mengambil langkah penting untuk mengelak penyingkiran.

United hampir pasti akan menamatkan musim di empat tangga teratas liga selepas memiliki  kelebihan 12 mat berbanding pasukan di tangga kelima, West Ham United dengan  baki lima perlawanan tetapi pada perlawanan di Elland Road, kedua-dua pasukan kelihatan mempamerkan aksi berhati-hati.

United, yang belum tewas dalam 24 perlawanan  liga di tempat sendiri, mengumpul 67 mata selepas 33 perlawanan – mereka ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City tetapi lapan mata di hadapan Leicester City yang berada di tangga ketiga.

Mengejar City hampir pasti mustahil dan keputusan seri ini bermakna City akan disahkan sebagai juara liga hujung minggu ini jika menewaskan Crystal Palace dan United tewas kepada Liverpool.

Bas membawa pasukan Manchester  United memasuki Elland Road tanpa banyak masalah, berbeza dengan apa yang berlaku awal minggu lepas apabila penyokong yang marah dan menunjuk perasaan membantah cadangan penganjuran Liga Super Eropah , memberi kesan kepada pasukan Liverpool ketika itu.

Penyokong United menunjuk perasaan di Old Trafford pada Sabtu dan satu sepanduk bertulis “2 bilion dicuri #Glazer Keluar” diterbangkan di ruang udara Leeds sebelum sepak mula, merujuk kepada pemilik kelab Manchester United yang tidak popular.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer merehatkan Paul Pogba dan Edinson Cavani dengan satu perhatian kepada perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa menentang AS Roma.

United, yang  menang 6-2 pada perlawanan awal musim di Old Trafford, mempunyai lebih baik peluang pada perlawanan ini.

Penjaga gol Leeds, Illan Meslier beraksi cemerlang menepis satu tendangan percuma Marcus Rashford tidak lama sebelum rehat sementara rembatan Bruno Fernandes tersasar selepas menerima umpanan Aaron Wan-Bissaka sebelum satu jam permainan.

Solskjaer memasukkan Pogba dan Cavani tetapi United tetap gagal menembusi benteng kebal Leeds.

“Kami harus memenangi setiap perlawanan untuk memberikan tekanan ke atas City,” kata Solskjaer. “Ini adalah dua mata yang hilang tetapi menyelamatkan mereka. Apa pun, kami harus terus berusaha.

“Kami mempunyai dua perlawanan separuh akhir (Liga Europa) dan menentang Liverpool. Ia adalah minggu yang sukar tetapi ia perkara biasa setiap musim. Anda harus berusaha pada setiap perlawanan.”

Pada perlawanan awal, Chris Wood menjaringkan hatrik ketika Burnley membelasah Wolves 4-0 untuk meletakkan mereka sembilan mata di atas zon penyingkiran.

Wood, yang sekarang merupakan penjaring terbanyak Burnley dalam Liga  Perdana, adalah pemain pertama dari New Zealand yang menjaringkan hatrik dalam  Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Sean Dyche ke tangga ke-14 liga, sembilan mata di hadapan zon penyingkiran dengan baki lima perlawanan dan ia hampir pasti mereka akan mengekalkan status dalam Liga  Perdana untuk  musim keenam berturut-turut.

“Kami tahu kedudukan kami berada dalam tangan kami sendiri dan ia adalah apa yang paling penting.” Kata Wood.

“Kami mahu mengekalkan situasi ini dan kemenangan ini menjadikan semuanya lebih  mudah tetapi kami masih mempunyai baki lima perlawanan yang sukar.”

West Brom hampir pasti tersingkir dari Liga Perdana selepas bolos gol penyamaan lewat ketika seri 2-2 di Aston Villa.

Penalti Matheus Pereira dan gol sendiri Tyrone Mings meletakkan West Brom di hadapan selepas penalti awal Anwar El Ghazi untuk Villa tetapi harapan untuk membawa pulang tiga mata berkecai apabila Keinan Davis menjaringkan gol penyamaan Villa pada minit kecederaan.

Satu mata itu menyebabkan West Brom masih sembilan mata dari zon selamat dan dengan jumlah gol yang rendah berbanding Brighton, pasukan yang berada di atas zon penyingkiran. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here