Selangor catat 96.93 peratus kehadiran ke sekolah

Selangor mencatatkan sebanyak 96.93 peratus kadar kehadiran ke sekolah bagi Tingkatan Lima dan Enam pada hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Izmi Ismail berkata, peratusan tersebut merangkumi jumlah keseluruhan kehadiran pelajar Tingkatan Lima dan Enam hari ini iaitu seramai 70,310 pelajar.

“Untuk negeri Selangor terdapat 65,067 pelajar Tingkatan Lima, dan jumlah yang hadir adalah sebanyak 62,940 manakala untuk Tingkatan Enam yang hadir ke sekolah adalah seramai 4,770 daripada 5,068 pelajar.

“Setakat pemantauan yang dijalankan, semua sekolah yang terlibat telah mengikuti dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here