Sebanyak 171 kematian dan 155 nahas jalan raya yang mengakibatkan kematian direkodkan sepanjang 11 hari Op Selamat 16/2020 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, sehingga semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 112 kematian.
Katanya Selangor mendahului statistik bilangan kematian dengan 29, diikuti Johor (22), Sarawak (18), Pahang (17), serta Kedah dan Kelantan masing-masing 15.
Secara keseluruhan, Azisman berkata 16,942 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 25,171 kenderaan sepanjang Op Selamat berkenaan.