Warga asing tiada keperluan berurus niaga di Pasar Borong KL

Notis pematuhan kebenaran masuk ke Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) yang tular baru-baru ini merupakan panduan serta rujukan buat petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan kerja kawalan di kawasan itu.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan, garis panduan pemantauan dan pemeriksaan di PBKL itu susulan lokasi itu tersenarai sebagai salah satu kluster koronavirus (Covid-19) yang berpunca daripada warga asing.

Kenyataan menyebut, sebelum ini DBKL telah menguatkuasakan undang-undang kecil (UUK) 16, UUK Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002 dengan tiada warga asing terlibat dalam sektor tersebut.

“Selaras dengan arahan itu, pekerja asing adalah tidak dibenarkan sama sekali bekerja di PBKL. Sementara warga asing yang bekerja dengan syarikat pembekal hanya dibenarkan masuk ke kawasan ke pasar borong dengan diiringi majikan (orang tempatan).

“Tiada keperluan pembeli warga asing masuk ke PBKL kerana kaedah jual beli dilakukan secara borong bukannya runcit yang boleh didapati di pasar lain seperti Pasar Harian Selayang yang berhampiran,” memetik kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here