Covid Indonesia: 50,000

Setakat pagi ini, Indonesia berada di tangga 28 dari segi jumlah kes yang dijangkiti Covid-19 di dunia.

Jumlah kes harian di negara 270 juta jiwa itu cepat meningkat dengan 1,178 kes dicatatkan dalam 24 jam lalu.

Kini menurut angka Worldometers, jumlah keseluruhan kes sudah mencecah lebih 50,000.

Ini sekali gus meletakkan negara itu berada di tangga teratas di Asia Tenggara, di depan Singapura dengan lebih 42,000 kes.

Jumlah kes di Indonesia dipercayai lebih tinggi disebabkan jumlah ujian saringan adalah rendah.

Jumlah kematian di Indonesia ialah 2,620.

Berada di tangga ketiga di Asia Tenggara ialah Filipina dengan 33,069 kes, termasuk 1,212 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here