Genap 100 Hari PKP

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas usaha sama yang diberikan dalam memerangi pandemik COVID-19.

“Semalam, genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama dan sokongan daripada seluruh rakyat, kita telah sama-sama berjaya melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 sehingga jumlah jangkitan harian menurun ke satu (1) angka.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh leka dan perlu memastikan norma-norma baharu sentiasa diamalkan.

“Oleh itu, amalkan kawalan kendiri untuk kekal selamat,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 17:30.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here