Kes positif COVID-19 di seluruh dunia hampir 9.7 juta

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini hampiri angka 9.7 juta setakat awal pagi Sabtu.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, terdapat peningkatan kira-kira 200,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.45 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.22 juta kes.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 619,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 490,000 kes dan United Kingdom (UK) dengan 310,000 kes.
Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here