Kupang Sambal Tumis Petai

Ada makanan laut segar tapi tak tahu nak masak apa? kami akan kongsikan resipi mudah kupang masak sambal tumis petai.

Caranya mudah sahaja dan bahan-bahannya pun memang yang sedia ada di dapur anda. Kecuali, petai yang anda kena beli. Namun jumlah petai yang nak diletak dalam masakan terpulang pada anda. Dah sedia?

Bahan-bahan:

  • Kupang 
  • Cili Kering (direbus)
  • 1 Labu Bawang Putih
  • 5 Biji Bawang Merah
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • Belacan 
  • Garam
  • Air Asam Jawa
  • Petai

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Kisar bawang merah, cili kering, belacan dan bawang putih bersama sedikit air.
  3. Tumis bahan kisar dan masukkan sedikit air.
  4. Apabila kering, masukkan sedikit air asam jawa.
  5. Tambahkan petai ke dalam masakan dan perasakan dengan garam.
  6. Masukkan bawang besar yang dihiris.
  7. Masukkan kupang dan gaul hingga sebati.
  8. Siap untuk dihidang.

Harap anda telah mencuba masakan yang mereka sediakan dan semoga jumpa lagi musim hadapan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here