Lori Kemalangan Di Arah Selatan PLUS Dari Ipoh-Simpang Pulai, Trafik Dilapor Sesak Hingga 8km

Pada jam 10.59 pagi tadi, laman Twitter PLUS Trafik melaporkan kemalangan yang melibatkan kenderaan berat di KM 283.5 (Arah Selatan) di laluan Ipoh Selatan ke Simpang Pulai.

Lorong kiri lebuhraya tersebut masih terhalang dan kerja-kerja pengalihan kemalangan sedang giat dijalankan. Trafik dilaporkan sesak sehingga 7km. PLUS menasihatkan pemandu agar pandu berhati-hati.

Sebentar tadi, kemaskini dari Lembaga Lebuhraya Malaysia mengesahkan kerja pengalihan masih lagi giat dijalankan dan semua trafik dari utara menuju ke selatan diarahkan keluar ke Tol Ipoh (U) kerana trafik sesak sehingga 8km. LLM turut menasihatkan agar berhati-hati ketika memandu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here