8,668 kes tipu beli barang online dari Januari-September 2023

Kuala Lumpur, Okt 21
Sebanyak 8,868 kes penipuan pembelian dalam talian atau e-dagang dengan nilai kerugian RM163 juta dilaporkan sejak Januari hingga September tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata bilangan kes purata tahunan hampir mencecah 10,000 kes dengan jumlah kerugian meningkat setiap tahun iaitu peningkatan sebanyak 55 peratus tahun ini berbanding 2021.

Sepanjang 2021, sejumlah 9,449 kes penipuan e-dagang dengan kerugian RM73 juta dicatatkan manakala pada 2022 sebanyak 9,258 kes dicatat dengan kerugian RM140 juta,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here