FAM terima 71 permohonan buka semula akademi bola sepak

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima 71 permohonan pembukaan semula akademi bola sepak sejak kelonggaran diberikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Badan induk bola sepak negara memaklumkan permohonan diterima dari lapan negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Sabah.

“Sejak garis panduan FAM ‘Return To Football’ dilancarkan pada 12 Jun lalu, kita melihat lebih banyak akademi bola sepak kembali ke latihan mengikut tatacara operasi piawai (SOP),” katanya menerusi Facebook.

Antara SOP itu adalah ibu bapa dinasihatkan kekal berada di dalam kenderaan masing-masing sepanjang sesi latihan atau berada tiga meter dari padang jika diperlukan.

Selain itu, FAM menyediakan dua garis panduan protokol am berbeza iaitu individu dan pengurusan untuk dipatuhi sepanjang sesi latihan.

FAM memaklumkan akademi yang belum lagi mendaftar boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai garis panduan dan muat turun fail sumber di laman sesawang https://fam.org.my/news/fam-return-to-football.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here