Dua selamat dalam nahas lori tangki muatan cecair oksigen dan batu di Bukit Saban

Dua pemandu terselamat apabila kenderaan berat mereka terlibat dalam kemalangan di Bukit Saban, Betong hari ini

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.58 pagi sebelum mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong ke lokasi. 

“Kemalangan berlaku di Bukit Saban, Betong melibatkan dua kenderaan berat masing-masing membawa muatan batu dan cecair oksigen. 

“Kedua-dua pemandu selamat manakala berlaku kebocoran cecair oksigen dari salah satu injap kenderaan berat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, bomba menjalankan tindakan membuat penyejukan pada kenderaan tersebut dan mengalirkan kebocoran cecair tersebut sehingga kandungan habis. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here