Dua Premis Dikendali Warga Asing Diarah Tutup

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengarahkan dua premis perniagaan dikendali warga asing di Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U4 di sini ditutup semalam kerana melanggar syarat dan peraturan.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata arahan penutupan dibuat menerusi operasi bersepadu oleh anggota penguat kuasa Pejabat Cawangan Sungai Buloh MBSA, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“11 premis diperiksa dan dua premis ini disyaki dikelola warga asing kerana pemilik tiada semasa pemeriksaan dilakukan,” kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan.

Sembilan kompaun dikeluarkan iaitu satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007 serta lapan kompaun di bawah UUK Establisymen Makanan (MBSA) 2007.

Shahrin turut mengingatkan semua pihak mematuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat memutuskan rantaian Covid-19 dan mematuhi peraturan serta syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here