Isteri berdebar suami alih sisa tayar tengah lebuh raya, warga maya tegur tindakan ‘berani mati’

Tindakan seorang lelaki mengalihkan sisa tayar kenderaan di tengah lebuh raya bukan sahaja mengundang rasa cemas buat si isteri malah turut dirasai kebanyakan pengguna media sosial.

Memuat naik video aksi berbahaya itu di Twitter, Miera Zainuddin mengakui bimbang dengan tindakan suaminya mengalihkan sisa tayar tersebut ketika jalan raya dipenuhi banyak kenderaan lain.

“Ya Allah suami saya ini. Berhenti kereta sebab hendak alihkan tayar.

“Saya punyalah berdebar. Sudahlah kereta laju-laju,” katanya.

   Sementara itu, rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan tindakan suami Meira yang yang membahayakan nyawa sendiri.

Walaupun tindakan itu dikatakan murni namun, ia mampu mengancam nyawa.

Terdapat juga individu mencadangkan agar pasangan itu menghubungi pihak pengendali lebuh raya bagi mengalihkan sisa tayar berkenaan.

“Lebih baik panggil Plustrafik. Jika ditimpa musibah, tiada jalan kembali,” kata Zayed Bukhary.

“Sangat bahaya. Tolong telefon pihak penyelenggaraan. Syukur tiada apa berlaku,” kata Mamato Marcello pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here