Balai polis Gombak zaman komunis

Dulu balai polis gombak ini dipercayai digunakan ketika zaman komunis, balai ini dibina untuk keselamatan orang-orang asli daerah gombak dari ancaman dan gangguan komunis.

Balai polis ini terletak berhadapan dengan jalan lama Bentong-Kuala Lumpur sekarang jalan itu hanya dilalui oleh lori-lori bermuatan berat sahaja. Tempat ini tidak jauh dari tapak tinggal Mimaland

Ramai pengkaji paranormal telah datang ke balai ini termasuk seekers, antara gambar yang mereka dakwa mempunyai entiti yang sempat.

Dalam bulatan merah yang dikatakan batu nesan dan ada sesetengah orang kata ada kubur dikawasan sekitarnya.

Baca dekat blog Dya Mohamad tentang pengalaman dia ikut wujud paranormal team terjah balai polis ini malam hari memang seram ada yang mengajuk bunyi dia buat, bunyi mengekek-ngekek.

Jalan lama Bentong tu paling koman pun depan sikit dari alang sedayu, lepas tu tak berani dah nak pergi sunyi semacam dah lah hutan saja. Tak banyak info sejarah pasal balai polis ini apabila kita google. Cuma kita tahu cerita dan berita seram daripada orang ramai. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here