MB: Bantuan sekolah agama, SJK Cina dan Tamil awal bulan depan

Bantuan kepada sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil diagihkan selewat-lewatnya awal bulan depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jawatankuasa pendidikan negeri sedang meneliti senarai akhir sekolah yang menerima manfaat termasuk bentuk bantuan diperlukan.

“Jawatankuasa pendidikan sedang mengumpul maklumat berkaitan melalui pejabat Dewan Undangan Negeri atau pihak sekolah. Bantuan akan diberikan pada hujung Julai atau paling lewat awal Ogos.

“Kerajaan Negeri perlu menstruktur semula bantuan kepada sekolah susulan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Pandamaran Leong Tuck Chee berhubung bantuan kewangan kepada sekolah dan tarikh penyerahan pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here