COVID-19 kini mencecah lebih 580,000

JUMLAH kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah lebih 580,000 kes.

Statistik daripada  Worldometers menunjukkan angka kematian seluruh dunia meningkat lebih  5,000 dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 139,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 74,000 dan 45,000 kematian.

Itali, Mexico dan Perancis merekodkan angka kematian masing-masing 35,000, 34,000 dan 30,000.

Sepanyol dan India pula masing-masing merekodkan 28,409 dan 24,000 kes maut.Negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 13,000 kes.

Angka keseluruhan yang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia setakat pagi ini ialah hampir 13.5 juta. Ini termasuk 215,525 kes baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here