Pemandu jengkaut didenda RM8,000

Kuala Lumpur, Nov 15.
Seorang lelaki didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban kerana bermain mercun di atas jalan raya Jumaat lalu.

Majistret Syed Farid Syed Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Manimaran, 23, yang beberapa kali teragak-agak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan, termasuk dalam bahasa Tamil. Majistret turut mengarahkan tertuduh dipenjara 10 bulan, jika gagal bayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, pemandu jengkaut itu didapati melakukan sesuatu perbuatan dengan niat hendak menyebabkan dengan menggunakan bahan letupan, suatu letupan dari jenis yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan teruk pada harta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di simpang tiga Jalan Kuala Sawah-Ulu Sawah, Rantau, Seremban pada 3 petang 10 Nov lalu.

Media pada 13 Nov lalu melaporkan sekumpulan lelaki menyambut Deepavali dengan membakar mercun di jalan raya di Kuala Sawah yang menyebabkan mereka diburu polis selepas video tular menunjukkan mereka membakar mercun di persimpangan jalan sehingga menyebabkan trafik terhalang dari semua arah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here