Pencerobohan Hutan Simpan Similajau berjaya dikesan

Sepasukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Hutan Sarawak yang berpengkalan di Pejabat Hutan Wilayah Bintulu telah berjaya mematahkan cubaan membawa keluar kayu balak dari kawasan Hutan Simpan Similajau yang merupakan kawasan tadahan air bagi Bahagian Bintulu.

Operasi yang dilaksanakan pada Sabtu itu telah menahan pemandu sebuah dump truck, (merupakan seorang lelaki tempatan) yang membawa muatan kayu balak pelbagai saiz sebanyak 50 batang serta dipotong pendek bagi mengaburi mata para Pegawai Penguatkuasa.

Kayu-kayu balak yang dianggarkan sebanyak 12 meter padu dan bernilai RM 1,560.00 bagi kutipan, cukai, royalti dan cess itu difahamkan untuk dihantar ke kilang-kilang yang berdekatan bagi pemprosesan.

Terdahulu, kegiatan haram tersebut telah dikesan oleh Skuad Udara Jabatan Hutan Sarawak menggunakan teknologi terkini yang dikenali sebagai Continuous Monitoring and Surveillance (COSMOS).

Kertas siasatan berkaitan tangkapan telah dibuka bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Di bawah peruntukan Forest Ordinan 2015, jika disabitkan kesalahan oleh pihak Mahkamah, pelaku pembalakan haram boleh dikenakan denda sehingga 5 kali ganda daripada nilai rampasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here