51 tahun hidup, pertama kali dapat soalan begitu, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Respon itu dibuat Ahli Parlimen Tambun itu selepas diajukan soalan oleh Senator Datuk Razali Idris ketika sidang di Dewan Negara hari ini, berhubung berita tular di media sosial kononnya Ahmad Faizal bernikah dengan selebriti terkenal tanah air, Erra Fazira.
Syabas kerana turun jawab soalan. Hari ini saya ada tiga (soalan). Dalam sehari dua ini di media sosial gegak gempita mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri Belia (dan Sukan) berkahwin dengan seorang artis popular tanah air soal Razali. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, bagaimanapun tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan. Ada kena mengena? Ini di luar skop. Itu hal peribadi beliau dan saya tidak benarkan beliau menjawab,” kata Rais.
Jawab Razali kepada Speaker Dewan Negara Kena mengena. Jadi minta penjelasan kerana babit (Menteri) Belia dan (Sukan) dan media sosial. Faizal Azumu lantas memberi respon terhadap soalan Razali meskipun Speaker melarang soalan dijawab.
51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itupun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya katanya. Tular di media sosial sejak petang semalam kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira yang dikatakan sudah berkahwin dengan Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak.