Gagalkan cubaan lelaki amuk terjun bangunan

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki mengamuk yang cuba terjun daripada tingkat lima Flat Sri Johor, Cheras, hari ini.

Lelaki itu diselamatkan dengan cara ‘rappelling’, menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, L Logeswaran.

Terdahulu, katanya, Pusat Gerakan Operasi jabatan itu menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 6.08 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan BBP Jalan Hang Tuah dikerah ke tempat kejadian.

“Dua jentera penyelamat kebakaran (FRT), sebuah ALP dan van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) hadir dengan kekuatan 20 anggota.

“Ketika tiba, ada lelaki berusia 28 tahun berdiri di koridor rumah serta memegang senjata tajam, mengamuk dan cuba untuk membunuh diri.

“Kita berjaya menangkapnya menggunakan kaedah ‘rappelling’ dengan dua anggota turun dari bumbung flat kemudian menutup pintu di koridor sebelum polis menyerbu menerusi pintu hadapan,” katanya.

Beliau berkata, kelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7.24 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here